Thursday 26 April 2012

5 Bandar Paling Bahaya di Dunia!

Satu info yang sangat berguna untuk rakan2 yang berniat untuk bercuti ke luar negara..
Ingatlah bahawa tidak semua tempat di dunia ini selamat untuk dilawati..

Ini merupakan 5 bandar yang paling bahaya di dunia!

1) Caracas, Venezuela
Ibu kota Venezuela ini mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi dan merupakan ketua kepada perdagangan dadah di dunia terutamanya kokain! Ini menyebabkan bandar ini berada dalam kedudukan tertinggi sebagai tempat paling banyak pembunuhan dan jenayah.



2) Ciudad Juarez, Mexico
Bandar ini mempunyai jenayah paling serius di dunia antaranya seperti rompakan, penculikan, kekerasan seksual serta jenayah dadah.Statistik menyatakan 120 daripada 100000 penduduk terbunuh di sini. Kartel dadah juga telah memulakan peperangan sesama mereka sehingga menjadikan tempat ini sangat berbahaya buat para pelancong.



3) Mogadishu, Somalia
Bandar yang mempunyai paling banyak pengganas di dunia. Hampir setiap hari ada sahaja yang cedera di lorong-lorong bandar ini, bunyi tembakan dan penculikan disebabkan oleh perang saudara yang sedang berlaku di sini.



4) Cape Town, South Africa
Bandar ini merupakan bandar yang pada dasarnya sangat miskin dan menyumbang kepada jenayah yang tinggi. Dalam satu tahun sahaja, hampir 71500 jenayah seksual dicatatkan, 13900 kecurian telah berlaku, 18400 rompakan dan 25 pembunuhan setiap hari disumbangkan oleh bandar ini.



5) Bogota, Colombia
Bandar ini merupakan pelabuhan utama pembekalan senjata dan dadah yang datang dari Colombia ke Panama. Pembunuhan juga kerap berlaku tidak kira siang ataupun malam. Janganlah lupa membawa pistol atau pisau rambo anda sekali untuk mengelakkan diri dari penyamun atau perompak yang sudah menunggu kehadiran anda di sini.




P/S : BERHATI-HATI LAH WALAU DI MANA ANDA BERADA KERANA MAUT ITU TIDAK MENGENAL MASA DAN MANGSA! 
DAN 
BERSYUKURLAH KERANA KITA MASIH BERADA DI MALAYSIA!






No comments:

Post a Comment