Thursday 1 December 2016

Short Holiday to Port Dickson

Assalamualaikum..

Short holiday to Port Dickson??
yeee memang short holiday sangat..
sebab dari umah aku ke PD lebih kurang sejam je..haha

Alkisahnya..
Sempena birthday si Adik ni kami plan nak bawak dia pi swimming..
maklumlah anak-anak aku dua-dua tu hantu air..
pantang jumpa air..
so kami decide nak pi dekat-dekat je..
book hotel awal-awal kat "booking.com"..
of course lah kami cari hotel yang ada swimming pool kan..
tapi faham-faham jelah bila time cuti sekolah ni kebanyakan hotel fully booked..
last-last kami decide nak stay kat hotel ni

PARADISE SPA HOTEL

Seriously berbaloi sangat..
Harga pun affordable..
kami booking untuk bilik king deluxe dengan hanya RM240 (inc gst) je..
katil memang besar so xperlu nak extra bed lagi..
dan yang penting dapat FREE 2 pax breakfast dan FREE SAUNA & JACUZI di spa diorang ni..
(tapi sayang aku xsempat nak bersauna bagai sebab spa diorang xleh bawak budak ye..so mana aku nak tinggal budak 2 ketul tu)..
gym pun ada tau sebelah je swimming pool..
mana tau korang nak bersenam..hihi..

paradise spa hotel nama diberi..  
besar kan katil king saiz ni..


toilet dia pun besar n bersih..ada water heater sekali
heater dan uncang teh pun disediakan..


























Now, it's time to swim..
Anak-anak aku memang xsabar nak berendam..
nasib kami checkin around 1.30pm dan masa tu cuaca mendung..dapatlah kami berendam sepuasnya..

budak yang xsabar nak swim

ni kolam utk budak ..xdalam pun aras pinggang yaya je..

cantik kan view dia..cuaca mendung..

seronok main air ye dikk..











































































Petang tu plak kami meronda lah ke pantai..
rugi pi PD tapi x pergi pantai kan..
tapi sekejap je budak berdua tu excited..
last-last semua pakat tido..
nasib stroller ada 2 bijik..sabo jelah..haha..


excited bambam tengok ombak..

kami yang empat..hihi..(xtau nak letak caption pe..)






































Itulah kisah short holiday kami sempena birthday si adik ni..
Akhir kata,

Thank you Paradise Spa Hotel..
InsyaAllah ada rezeki kami datang lagi..byee..

Nah, belanja ootd skali..jgn muntah ye..haha























~ sekian ~

Tuesday 29 November 2016

Aafiy Turns 1


Assalamualaikum..

26 November 2015..
Lahirnya seorang khalifah yang diberi nama Aafiy Syahmi Bin Mohamad Faiz..

26 November 2016..
Selamat Hari Lahir anakku..
Sekejap je masa berlalu..
Pejam celik dah setahun dah umur anakanda..

Doa mama..
Semoga adik menjadi orang yang berguna untuk bangsa, negara dan agama..
Jangan lupakan jasa mama dan papa..
Sentiasa jaga solat bila dah besar nanti..
Dan sentiasa ingat walau payah dan getir nya kehidupan ini, Allah SWT itu sentiasa ada bersamamu..
Amiin..


Tuesday 1 November 2016

Lipstik BBIA dari Korea memang best!


Assalamualaikum..

Arini nak story kisah lipstik best..
memang best..

LIPSTIK BBIA dari KOREA



















Nak jugak cecantik ala kpop kannn..hihi..
Lipstik ni matte..
tapi smooth, tak keringkan bibir, tak melekit dan yang penting tahan lama..
aku dah makan n minum pun masih melekat lipstik tu..
xmelekat kat gelas jugak..
pendek kata memang best lah..
sebab bibir aku jenis kering..tak semua lipstik matte sesuai ngan aku..
aku juga xsuka matte yang jenis melekit..tak suka sangat!
tapi BBIA ni aku suka sebab ko tak terasa pakai lipstik pun tau!


~ Lipstik aku pilih ni code color  #7



~ No filter ye..ni dah lepas lunch tau..


















jom cuba sesama..
jom cecantik sesama..
jom kpop sesama..hahaha

aku selalu terjah ig ni tau..suka tengok lipstik cecantik :)
bbia_tykhra

#akupakaiakutakjual
#bendabaikharusdikongsi

Sunday 25 September 2016

Cerita Anak Bujang

Assalamualaikum..

Baru hari ini dapat bercerita pasal anak bujang nan sorang tu kan..
26 September 2016 genap 10 bulan dia hari ini..
dah besar dah anak mama..
perut bekas kena toreh pun masih terasa lagi tau..
kejap je masa berlalu..

Perkembangan?
Alhamdulillah masih membesar bagai juara..
dah tumbuh gigi 2 batang kat bawah 2 kat atas (part mengigit bagi kat dia yeee)
baru nak pandai merangkak (xpe dik..kayuh pelan pelan yee)
aktif dan memang jenuh nak mengejar..hahaha
paling suka makan (favorite dia nasi bubur/nasi lecek)..

Syukur Alhamdulillah..
masih diberi peluang untuk menjaga amanah Allah SWT ini..
Mama sentiasa doakan agar anak mama yang diberi nama "AAFIY SYAHMI" ini
menjadi anak yang bijak dan soleh kelak..
jangan pernah lupakan papa, mama dan kakak yaya ye..aminn..



Wednesday 24 August 2016

Kisah PJJ Aku..


Assalamualaikum..

Dah hampir setahun aku xupdate blog..
masih sayang..
tapi malas dan sibuk..

Maklumlah aku kan ibarat ibu tunggal anak dua..
tapi masih ada suami..
suami aku jauh nun di Johor Bahru..huhuhu
Aku keje di Putrajaya dan sekarang ni menyewa di Nilai..
Walaupun jarak Putrajaya ke Johor Bharu dalam 4 jam perjalanan..
tapi bagi aku tetap jauh dan berisiko dalam perjalanan..
sangat jarang aku drive ke sana..
lagilah sejak aku menderita sakit pinggang selepas bersalin czer aritu..
biasanya suami ku lah yang datang ke Nilai ni naik bas..
lagi senang dan tak penat..

Penat ke??
Seriously penat tu memang penat..
tak dapat digambarkan dengan kata-kata..
hanya mampu berserah dengan Allah SWT..
yelah kita seorang kan ke hulu ke hilir uruskan rumah dan anak-anak..
lagi lah aku pun masih kerja..
tapi bila memikirkan yang sekurang-kurang nya aku MASIH ADA ANAK..
penat aku terus hilang..
malahan aku rasa bangga yang AKU MASIH ADA ANAK!

Kadang-kadang aku terfikir..
sampai bila aku nak berjauhan camni..
dah apply tukar tapi belum dapat maklum balas pape lagi dr JPA..
yelah aku pun nak beli rumah..
tapi di mana? kat mana?
umur makin meningkat tapi aku......

Sekarang aku hanya mampu berserah pada Allah SWT..
kerana tau Dia punya perancangan sebaik-baik perancangan..
dan aku ada anak-anak yang membuatkan aku lebih bersemangat..
InsyaAllah mungkin ada sinar untuk aku selepas ni..
keep on usaha & doa!

#korang doakan aku tau..